Solat bermula dengan takbiratul ihram dan berakhir dengan salam. Bacaan yang wajib hanya lima: takbiratul ihram, al-Fatihah,
tasyahhud dalam tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir, dan salam yang pertama.
Bacaan lain, seperti tasbih ketika rukuk dan sujud, hukumnya sunat. Sedang belajar cara solat, atau mengajar anak?
Pilih solat di bawah untuk melihat urutannya, kemudian buka mana-mana langkah untuk bacaan dalam Arab, rumi dan maksud.
5 bacaan wajibTakbir, al-Fatihah, tasyahhud akhir, selawat ke atas Nabi, salam pertama.
13 rukun1 hati, 7 perbuatan, 5 bacaan.
Tasbih3 kali ketika rukuk dan sujud. Sunat, bukan rukun.
Wajib dibaca pada setiap rakaat, sambil berdiri. Jaga sebutan setiap huruf dan sabdunya.
Imam, dan orang yang solat sendirian, membaca dengan kuat pada Subuh serta dua rakaat pertama Maghrib dan Isyak. Zohor, Asar dan rakaat selebihnya dibaca perlahan. Makmum membaca perlahan.
Dalam solat yang dibaca kuat, mazhab Syafie turut menguatkan basmalah.
Al-Fatihah sebaiknya dipelajari terus daripada guru supaya makhraj dan tajwidnya betul, sebab itu tiada rumi untuknya di sini.
Rabbana lakal hamdu mil'us samawati wa mil'ul ardhi wa mil'u ma syi'ta min syai'im ba'd
Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki selepas itu.
Sunat mengangkat tangan ketika mula bangkit dari rukuk.
Iktidal perlu tamakninah: berdiri tegak dan tetap seketika, sekadar sekali tasbih.
Lafaz asas dalam hadis ialah Rabbana lakal hamd atau Rabbana wa lakal hamd. Sambungan mil'us samawati… diriwayatkan oleh Muslim (no. 476 dan 477); dalam riwayat no. 476 ia dimulakan dengan Allahumma.
Iktidal rukun yang pendek, jadi jangan dipanjangkan melebihi kadar bacaan al-Fatihah. Zikir yang warid seperti di atas dan qunut dikecualikan, asalkan imam tidak memberatkan makmum.
Solat Subuh, rakaat kedua: doa qunut dibaca dalam iktidal ini. Hukumnya sunat ab'adh.
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan dengan pujian untuk-Nya.
Turun sujud sambil bertakbir. Dalam mazhab Syafie, lutut diletakkan dahulu, kemudian tangan, kemudian dahi dan hidung. Mendahulukan tangan juga pendapat yang muktabar; kedua-duanya boleh diamalkan.
Sujud dua kali dalam setiap rakaat, dengan bacaan yang sama, dan setiap sujud perlu tamakninah.
Rabbighfir li warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa 'afini wa'fu 'anni
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, kurniakanlah aku keafiatan dan maafkanlah aku.
Duduknya iftirasy: punggung di atas kaki kiri, tapak kaki kanan ditegakkan. Lihat rajah duduk iftirasy.
Duduk ini rukun dan perlu tamakninah. Doa duduk antara dua sujud pula sunat: apa-apa doa sudah mendapat sunat, tetapi yang afdal ialah doa yang diriwayatkan, seperti di atas.
Wa 'afini sabit dalam hadis. Wa'fu 'anni ialah tambahan yang disebut Imam al-Ghazali dan ada riwayatnya oleh al-Baihaqi. Kedua-duanya boleh dibaca.
Duduk sebentar selepas sujud kedua, pada rakaat yang tidak disusuli duduk tahiyat: rakaat pertama, dan rakaat ketiga solat empat rakaat.
Kemudian terus bangun. Tiada bacaan khusus, dan duduknya iftirasy.
Takbir untuk bangun cukup sekali, kerana duduk ini sebahagian daripada gerakan bangun.
Rabbighfir li warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa 'afini wa'fu 'anni
Sekali
13 rukun solat dan bacaannya
Jabatan Mufti Selangor membahagikan 13 rukun solat kepada tiga: satu rukun qalbi (hati), tujuh rukun fi'li (perbuatan) dan lima rukun qauli (bacaan).
Rukun ialah bahagian yang mesti ada; solat tanpanya tidak sah.
Bacaan rukun qauli mesti disebut dengan lidah, sekurang-kurangnya sampai didengar oleh diri sendiri. Bacaan lain dalam solat, seperti tasbih rukuk dan sujud
atau doa qunut, bukan rukun; ia sunat ab'adh atau sunat hai'ah.
Mufti WP juga mengira 13 rukun, cuma tertib diletakkan dalam kumpulan sendiri, iaitu rukun maknawi.
Makna setiap bacaan dalam satu jadual, untuk ulang kaji. Maksud bacaan tahiyat ada di halaman maksud tahiyat akhir,
dan maksud iftitah di halaman doa iftitah.
Bacaan
Maksud
Allahu akbar
Allah Maha Besar.
A'uzu billahi minasy syaitonir rajim
Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Subhana rabbiyal 'azimi wa bihamdih
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.
Sami'allahu liman hamidah
Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.
Rabbana lakal hamdu mil'us samawati wa mil'ul ardhi wa mil'u ma syi'ta min syai'im ba'd
Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki selepas itu.
Subhana rabbiyal a'la wa bihamdih
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan dengan pujian untuk-Nya.
Rabbighfir li warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa 'afini wa'fu 'anni
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, kurniakanlah aku keafiatan dan maafkanlah aku.
Assalamu 'alaikum wa rahmatullah
Salam sejahtera ke atas kamu, berserta rahmat Allah.
Maksud bacaan rukuk dipetik daripada JAKIM e-Solat dan maksud ta'awwuz daripada Mufti WP. Selebihnya terjemahan ringkas laman ini, merujuk terjemahan dalam artikel Mufti WP yang dipautkan pada setiap langkah.
Kad bacaan untuk dicetak
Butang di bawah mencetak jadual “Bacaan rukuk dan sujud” dan jadual maksud di atas pada kertas A5. Sesuai ditampal di bilik anak-anak yang sedang belajar solat.
Nak simpan sebagai PDF? Dalam Chrome, pilih “Simpan sebagai PDF” (Save as PDF) sebagai destinasi pada tetingkap cetak.
Soalan lazim tentang bacaan dalam solat
Tak baca tasbih rukuk dan sujud, batal solat ke?
Tidak batal, dan tidak perlu sujud sahwi. Tasbih itu sunat hai'ah dalam mazhab Syafie. Cuma makruh meninggalkannya dengan sengaja.
Tersasul sebut Allahu akbar ketika bangun dari rukuk. Perlu sujud sahwi?
Tidak perlu. Lafaz sami'allahu liman hamidah sunat hai'ah, sama seperti takbir perpindahan yang lain.
Malah jika tetap sujud sahwi sedangkan tahu ia tidak disunatkan, solat boleh terbatal.
Angkat tangan ketika takbir di luar tempat yang disunatkan, batal ke?
Tidak batal, cuma makruh. Tempat yang disunatkan ialah ketika takbiratul ihram, ketika hendak rukuk, ketika bangkit untuk iktidal,
dan ketika bangun dari tasyahhud awal.
Mufti WP, Al-Kafi #1343: Kenapa ketika I'tidal Dibaca dengan Sami'allahu Liman Hamidah, Bukan Allahu Akbar (13 Ogos 2019)
Mufti WP, Al-Kafi #1783: Adakah Perlu Sujud Sahwi Sekiranya Tidak Menyebut Lafaz (سمع الله لمن حمده) Sebaliknya Menyebut (الله أكبر) ketika Iktidal? (22 April 2021)