Tahiyat akhir (ramai juga menyebutnya doa tahiyat akhir) ialah bacaan tasyahhud diikuti selawat Ibrahimiyah, dibaca ketika duduk yang terakhir sebelum salam.
Tahiyat awal lebih pendek: tasyahhud dan selawat ringkas ke atas Nabi sahaja, dibaca selepas rakaat kedua solat Maghrib, Zohor, Asar dan Isyak.
Tahiyat akhirTasyahhud + selawat Ibrahimiyah penuh (14 baris). Duduk tawarruk.
Baris 7 hingga 14 hanya dalam tahiyat akhir Baris 6 dibaca dalam kedua-dua tahiyat. Dalam tahiyat akhir: baris 6 rukun, baris 7 sunat ab'adh, baris 8 hingga 14 sunat.
6Rukun
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّAllahumma
صَلِّsolli
عَلَى'ala
سَيِّدِنَاsayyidina
مُحَمَّدٍMuhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, pujian dan keagungan-Mu ke atas Nabi Muhammad
7Sunat ab'adh
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىWa 'ala
آلِali
سَيِّدِنَاsayyidina
مُحَمَّدٍMuhammad
Wa 'ala ali sayyidina Muhammad
dan ahli keluarga Baginda,
8Sunat
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ
كَمَاKama
صَلَّيْتَsollaita
عَلَى'ala
سَيِّدِنَاsayyidina
إِبْرَاهِيمَIbrahim
Kama sollaita 'ala sayyidina Ibrahim
sebagaimana Engkau limpahkan rahmat, pujian dan keagungan-Mu ke atas Nabi Ibrahim
9Sunat
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَىWa 'ala
آلِali
سَيِّدِنَاsayyidina
إِبْرَاهِيمَIbrahim
Wa 'ala ali sayyidina Ibrahim
dan ahli keluarga Baginda.
10Sunat
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَبَارِكْWa barik
عَلَى'ala
سَيِّدِنَاsayyidina
مُحَمَّدٍMuhammad
Wa barik 'ala sayyidina Muhammad
Limpahkanlah barakah ke atas Nabi Muhammad
11Sunat
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىWa 'ala
آلِali
سَيِّدِنَاsayyidina
مُحَمَّدٍMuhammad
Wa 'ala ali sayyidina Muhammad
dan ahli keluarga Baginda,
12Sunat
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ
كَمَاKama
بَارَكْتَbarakta
عَلَى'ala
سَيِّدِنَاsayyidina
إِبْرَاهِيمَIbrahim
Kama barakta 'ala sayyidina Ibrahim
sebagaimana Engkau telah limpahkan barakah ke atas Nabi Ibrahim
13Sunat
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَىWa 'ala
آلِali
سَيِّدِنَاsayyidina
إِبْرَاهِيمَIbrahim
Wa 'ala ali sayyidina Ibrahim
dan ahli keluarga Baginda.
14Sunat
فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
فِيFil
الْعَالَمِينَ'alamina
إِنَّكَinnaka
حَمِيدٌhamidum
مَجِيدٌmajid
Fil 'alamina innaka hamidum majid
Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Ya Allah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Maksud baris 1 hingga 5 pula terjemahan ringkas laman ini.
Nak baca tanpa sayyidina? Boleh. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti WP) menjelaskan ada keluasan dalam hal ini:
tanpa sayyidina mengikut lafaz yang diajar Nabi SAW, dengan sayyidina sebagai adab kepada Baginda, dan kedua-duanya baik.
Hadis “jangan sebut sayyidina dalam solat” yang tersebar itu pula palsu. Butang Sayyidina di atas boleh menyembunyikan perkataan itu.
Attahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lillahAssalamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuhAssalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihinAsyhadu alla ilaha illallahWa asyhadu anna Muhammadar rasulullahAllahumma solli 'ala sayyidina MuhammadWa 'ala ali sayyidina MuhammadKama sollaita 'ala sayyidina IbrahimWa 'ala ali sayyidina IbrahimWa barik 'ala sayyidina MuhammadWa 'ala ali sayyidina MuhammadKama barakta 'ala sayyidina IbrahimWa 'ala ali sayyidina IbrahimFil 'alamina innaka hamidum majid
Sabdu (tasydid) ditulis sebagai huruf berganda: attahiyyatul, ayyuhan nabiyyu, illallah.
Jaga setiap satu. Mufti WP mengira 21 sabdu dalam lafaz tasyahhud yang lengkap, dan 16 dalam lafaz yang paling ringkas.
Segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan adalah milik Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, berserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, pujian dan keagungan-Mu ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga Baginda, sebagaimana Engkau limpahkan rahmat, pujian dan keagungan-Mu ke atas Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Baginda. Limpahkanlah barakah ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga Baginda, sebagaimana Engkau telah limpahkan barakah ke atas Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Baginda. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Ya Allah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Bacaan tahiyat awal (Arab, rumi dan maksud)
Tahiyat awal dibaca pada rakaat kedua solat tiga dan empat rakaat. Walaupun ramai memanggilnya doa tahiyat awal, isinya tasyahhud yang sama,
cuma berhenti selepas selawat ke atas Nabi. Selepas itu bangun ke rakaat ketiga sambil bertakbir.
Attahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lillahAssalamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuhAssalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihinAsyhadu alla ilaha illallahWa asyhadu anna Muhammadar rasulullahAllahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan adalah milik Allah.Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, berserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Ya Allah, limpahkanlah rahmat, pujian dan keagungan-Mu ke atas Nabi Muhammad.
Kenapa berhenti di baris keenam? Dalam senarai sunat ab'adh, selawat ke atas Nabi disebut selepas tasyahhud awal,
tetapi selawat ke atas keluarga Baginda hanya selepas tasyahhud akhir.
Solat Subuh dan solat sunat dua rakaat tiada tahiyat awal. Duduk tasyahhud yang ada hanyalah tahiyat akhir.
Urutan penuh solat, dari takbiratul ihram hingga salam, ada di halaman bacaan dalam solat.
Doa yang dibaca sebaik selepas takbiratul ihram pula ada di halaman doa iftitah.
Beza tahiyat awal dan tahiyat akhir
Perkara
Tahiyat awal
Tahiyat akhir
Bacaan
Tasyahhud + selawat ke atas Nabi (baris 1 hingga 6)
Tasyahhud + selawat Ibrahimiyah penuh (baris 1 hingga 14)
Hukum
Sunat ab'adh
Rukun (tasyahhud dan selawat ke atas Nabi); selawat ke atas keluarga Nabi sunat ab'adh
Tidak semua yang dibaca ketika duduk tahiyat sama tarafnya. Jabatan Mufti Selangor menyenaraikan lima rukun qauli (bacaan) dalam solat,
dan dua daripadanya ada dalam tahiyat akhir: bacaan tasyahhud dan selawat ke atas Nabi.
Tasyahhud di halaman ini lafaz yang lengkap, dan itulah yang biasa dibaca. Lafaz paling ringkas yang sudah memadai sebagai rukun tidak mengandungi
الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ, dan boleh menyebut سَلَامٌ tanpa “al” pada baris 2 dan 3.
Bagi selawat pula, yang rukun cukup Allahumma solli 'ala Muhammad.
Rukun qauli mesti dibaca dengan lidah, sekurang-kurangnya sampai boleh didengar oleh telinga sendiri. Membaca dalam hati sahaja tidak memadai.
Jangan sujud sahwi kerana tertinggal perkara sunat hai'ah. Contohnya terlupa angkat jari atau tersilap cara duduk.
Sujud sahwi kerana perkara seperti ini, jika dibuat dengan sengaja dan tahu hukumnya, boleh membatalkan solat.
Ada dua cara duduk yang sunnah: iftirasy untuk tahiyat awal dan tawarruk untuk tahiyat akhir. Kedua-duanya sunat hai'ah.
Duduk dengan cara lain, termasuk bersila, tidak menjejaskan sahnya solat.
Duduk iftirasy
Untuk tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan duduk istirahah.
Rajah pertama dari sisi, rajah kedua dari atas.
1Kaki kiri dihamparkan, punggung duduk di atasnya.
2Tapak kaki kanan ditegakkan, jari kaki menghala ke kiblat.
Duduk tawarruk
Untuk tahiyat akhir, iaitu duduk yang terus disusuli salam.
Rajah pertama dari sisi, rajah kedua dari atas.
1Kaki kiri dilipat dan dikeluarkan ke kanan, di bawah betis kanan.
2Tapak kaki kanan ditegakkan, jari kaki menghala ke kiblat.
3Punggung duduk terus di atas lantai.
Dalil tawarruk ialah hadis Abu Humaid al-Sa'idi: pada rakaat terakhir, Nabi SAW mengeluarkan kaki kirinya ke hadapan, menegakkan kaki kanan,
lalu duduk di atas punggungnya (riwayat al-Bukhari, no. 828).
Kaedah yang senang diingat: duduk yang akan disusuli pergerakan (sujud atau bangun) ialah iftirasy, dan duduk yang terus disusuli salam ialah tawarruk.
Ini kaedah ulama Syafie yang dinukil Mufti WP daripada kitab Nihayah al-Zin. Panduan JAKIM untuk pesakit juga menyebut duduk tawarruk ketika tasyahhud akhir jika mampu.
Angkat jari telunjuk kanan ketika menyebut illallah dalam tasyahhud, tepatnya pada huruf hamzah perkataan إِلَّا.
Jari itu dibengkokkan sedikit, tidak lurus sepenuhnya, dan dihalakan ke kiblat dengan niat mentauhidkan Allah.
Biarkan ia terangkat hingga bangun (dalam tahiyat awal) atau hingga salam (dalam tahiyat akhir). Jari tidak digerak-gerakkan.
1Tangan kanan di atas peha kanan: jari lain digenggam, telunjuk diangkat, bengkok sedikit, menghala ke kiblat.
2Tangan kiri di atas peha kiri: dihampar, jari rapat, hujung jari setentang lutut.
Jika jari telunjuk kanan tiada atau terputus, sunat ini gugur, dan ia tidak diganti dengan jari lain. Mengangkat telunjuk kiri sebagai ganti pula makruh.
Selesai tahiyat akhir, sunat berdoa dahulu sebelum memberi salam. Nabi SAW menyuruh kita berlindung dengan Allah daripada empat perkara selepas tasyahhud akhir
(riwayat Muslim, no. 588). Antara lafaz yang Baginda sendiri baca dalam solat, riwayat al-Bukhari (no. 832):
Allahumma inni a'uzu bika min 'azabil qabrWa a'uzu bika min fitnatil masihid dajjalWa a'uzu bika min fitnatil mahya wa fitnatil mamatAllahumma inni a'uzu bika minal ma'thami wal maghram
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur,aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah al-Masih al-Dajjal,aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian.Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan beban hutang.
Terlupa tahiyat awal, dah berdiri. Perlu duduk semula?
Tidak. Kalau sudah berdiri sempurna, teruskan solat dan sujud sahwi sebelum salam (hukumnya sunat).
Kembali duduk selepas berdiri sempurna hukumnya haram. Jika dibuat dengan sengaja dan tahu hukumnya, solat batal.
Kalau terlupa atau tidak tahu hukumnya, solat tidak batal, tetapi perlu bangun semula sebaik teringat.
Kalau belum berdiri sempurna, boleh kembali duduk untuk tahiyat awal (hadis riwayat Ibn Majah, no. 1208).
Bagi makmum: jika imam kembali duduk selepas berdiri sempurna, jangan ikut. Berniat mufaraqah, atau tunggu imam dalam keadaan berdiri.
Makmum masbuk: baca tahiyat awal atau tahiyat akhir semasa imam tahiyat akhir?
Sunat baca tahiyat akhir penuh, termasuk selawat Ibrahimiyah, walaupun bagi makmum itu belum rakaat terakhirnya.
Duduknya iftirasy kerana dia akan bangun menyambung rakaat selepas imam memberi salam.
Tidak wajib, dan tidak salah menyebutnya. Lafaz tasyahhud yang diajar Nabi SAW tidak mengandungi sayyidina, sebab itu baris 1 hingga 5 tiada perkataan itu.
Kaedah fiqh Syafie: duduk yang terus diikuti salam ialah tawarruk, jadi tahiyat akhir Subuh juga tawarruk.
Artikel Mufti WP yang lebih awal (Al-Kafi #623) pula cenderung kepada iftirasy bagi solat dua rakaat.
Kedua-dua cara sah. Yang berbeza cuma mana satu lebih menepati sunnah, jadi ikutlah cara yang diajar guru anda.
Kenapa Nabi Ibrahim disebut dalam selawat tahiyat akhir?
Mufti WP menyenaraikan beberapa sebab. Antaranya, Nabi Ibrahim AS dijadikan kekasih Allah (khalilullah, Surah al-Nisa' 4:125)
dan menjadi bapa kepada ramai nabi selepasnya. Doa Nabi Ibrahim AS supaya namanya disebut dengan baik oleh generasi kemudian (Surah al-Syu'ara' 26:84)
juga dimakbulkan Allah.
Mufti WP, Irsyad Hukum #695: Makmum Masbuq ketika Imam Tahiyat Akhir, Perlu Membaca Tahiyat Akhir atau Awal? (29 Jun 2022)
Mufti WP, Al-Kafi #1301: Kenapa Selawat dan Salam dalam Tahiyyat Akhir Hanya Khusus kepada Nabi Ibrahim AS dan Ahli Keluarganya (24 Jun 2019)
Tentang laman ini
TahiyatAkhir.my ditulis dan diselenggara oleh Edwin Tan.
Laman ini menghimpunkan bacaan dalam solat mengikut mazhab Syafie seperti yang diamalkan di Malaysia. Setiap teks Arab dirujuk kepada terbitan JAKIM,
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atau jabatan mufti negeri, dan sumbernya dipautkan di bawah bacaan itu. Teks al-Fatihah pula disalin tanpa ubahan
daripada Tanzil (Uthmani). Ia laman persendirian dan tiada kaitan dengan JAKIM, mana-mana jabatan mufti atau agensi kerajaan.
Hubungi
Nampak harakat, ejaan rumi atau maksud yang silap? E-mel hello@tahiyatakhir.my dan sebutkan halaman serta nombor baris.
Privasi dan kuki
Laman ini tidak meminta nama, nombor kad pengenalan atau maklumat peribadi lain. Pilihan paparan anda, seperti sembunyi rumi,
disimpan dalam pelayar anda sendiri dan tidak dihantar kepada kami.
Kami mungkin menggunakan alat analitik untuk mengira jumlah pelawat dan halaman yang dibaca. Alat itu, jika ada, merekod data teknikal seperti jenis peranti,
pelayar dan negara, bukan identiti anda.
Laman ini juga mungkin memaparkan iklan Google AdSense. Jika iklan dipaparkan, pembekal pihak ketiga termasuk Google menggunakan kuki untuk memaparkan iklan
berdasarkan lawatan terdahulu anda ke laman ini dan laman lain. Kuki pengiklanan Google membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan kepada anda
berdasarkan lawatan tersebut. Anda boleh menolak iklan yang diperibadikan di Tetapan Iklan Google
(adssettings.google.com) atau di
www.aboutads.info.
Kami menghormati prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Jika anda menghantar e-mel, alamat dan isi e-mel itu hanya digunakan untuk membalas
dan tidak dikongsi dengan pihak lain.
Penafian
Laman ini bahan bantu belajar. Bacaan solat paling baik dipelajari secara bertalaqqi dengan guru bertauliah, terutamanya makhraj huruf dan panjang pendek bacaan
yang tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya oleh tulisan rumi. Untuk soalan hukum yang khusus, rujuk jabatan mufti negeri anda.